PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI, HULU LANGAT, SELANGOR, DARUL EHSAN
PROGRAM CERAMAH & BENGKEL SUBJEK BAHASA MELAYU
U
|
PSR tinggal lagi 39
hari. SKSS menyasarkan 50% murid Tahun 6 memperolehi
5A dalam UPSR tahun
ini. Pelbagai program akademik
telah giat dijalankan
dengan tujuan untuk
memantapkan lagi pengetahuan
murid dalam mengharungi UPSR.
Terkini, 1 Ogos 2012, Rabu,
program Ceramah & Bengkel menjawab
soalan subjek Bahasa
Melayu. Penceramah
Cikgu Zaiton Ismail, berpengalaman luas, dan pemeriksa BM UPSR. Semua murid Tahun 6 terlibat menghadiri dengan jayanya program ini.
Ceramah & Bengkel BM ini diharap
menjadi panduan yang berkesan
kepada murid SKSS, untuk
menggamit kejayaan cemerlang
dalam UPSR akan
datang…
MURID TAHUN 6 MENJALANI UJIAN PERCUBAAN UPSR
B
|
ermula 24 – 26 Julai
2012, semua murid
Tahun 6 akan menjali
Ujian Percubaan UPSR,
serentak di semua sekolah rendah di bawah PPD Hulu Langat. Tujuan
ujian percubaan ini, untuk
mengukur tahap pencapaian
murid. Sekurang- kurangnya gambaran
awal kualiti pencapaian
murid sebelum peperiksaan
sebenar UPSR.
Warga SKSS, mendoalan
semoga semua murid Tahun 6
yang akan menghadapi
UPSR bulan
September ini, lulus cemerlang..
September ini, lulus cemerlang..
MAJLIS JAMUAN SEMPENA MENYAMBUT AWAL RAMADAN WARGA SKSS
K
|
egembiraan tiba bulan Ramadan
pada 21 Julai
2012 (Sabtu) jelas dirasakan
oleh warga SKSS. Pada
hari ini 20 Julai
2012, hari Jumaat suatu majlis jamuan
makan- makan warga SKSS,
bertempat di dewan SKSS.
Sambutan majlis jamuan
ini juga, sebenarnya
selari dengan budaya
dan semangat permuafakatan warga SKSS, dibina
sekian lama. Inilah istimewanya staf SKSS. Semoga nilai
baik ini dipupuk
& dikekalkan. Selamat menyambut
awal Ramadan & selamat
berpuasa kepada para saudara- saudari muslim…
MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAN KE-55 PERINGKAT SKSS
T
|
anggal 17 Julai
2012, hari Selasa, tempat Dataran
Kejat. Satu detik sejarah
sudah terpahat di mana
Majlis Pelancaran Kibar Jalur
Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-55
Tahun.
Majlis pelancaran telah
disempurnakan oleh Puan Arifah
Binti Ab.Arif, GPK HEM, dan
dihadiri NYDP PIBG En.
Hasrizal Abu Hassan. Semua
warga SKSS terlibat
secara langsung menjayakan
majlis ini. Warga
guru dan murid- murid
dengan megah dan
bangganya mengibarkan jalur
gemilang Malaysia. Tahniah
kepada seluruh Warga
SKSS…..
Klik imej rakaman
video majlis pelancaran
kibar galur gemilang
SKSS..
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2012 SK.SUNGAI SERAI, HL
A
|
acara kemuncak Kejohanan
Sukan Tahunan SKSS, telah
diadakan di Stadium IKBN, Dusun Tua,
pada 12 Julai 2012, hari Khamis, bermula jam
8.20 pagi hingga 2.00 petang.
Acara yang berlangsung
di sini acara balapan (Lomba lari) dan
pertandingan perbarisan Rumah
Sukan.
Adik Abdul Hanan Bin Nasir, kelas 6 Dedikasi, dengan pencapaian
3 emas, telah dinobatkan Olahragawan
2012. Adik Nur Izzah Husna Bt. Zainal Abidin, kelas 6 Arif, dengan pencapaian 3 emas dan 1 gangsa, telah dinobatkan Olahragawati
2012.
Juara keseluruhan jatuh
kepada Pasukan Rumah Hijau, tempat ke2 Pasukan Rumah
Biru, tempat ke3 Pasukan Rumah Merah, dan ke4 Pasukan
Rumah Kuning. Johan pertandingan perbarisan dimenangani Pasukan
Rumah Kuning, dan naib johan Pasukan Rumah Hijau.
Suasana temasya sukan tahunan
SKSS, dari peringkat pertama
sehinggalah ke acara kemuncak
pada hari ini,
cukup meriah, dengan penyertaan
dan semangat kesukanan
di kalangan semua murid
cukup baik dan
terpuji. Kehadiran para ibubapa
sangat menggalakan.
Klik imej ini,
menyaksikan rakaman
peristiwa sukan SKSS….
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SK.SUNGAI SERAI, HL
A
|
acara SENAMROBIK salah
satu usaha transformasi pendidikan KPM. Tahniah
kepada SK.Sungai Serai, Hulu
Langat, diatas penglibatan menjayakan
acara senamrobik serentak
bersama KPM dan
sekolah-sekolah di seluruh Negara.
Semua warga pendidik
dan murid, dengan diketuai
oleh puan guru
besar, Dr. Hajah Nazirah Mohd
Nordin, dianggarkan seramai 520
orang khusus peserta
SKSS, terlibat secara langsung
acara senamrobik, di dataran
Kejat SKSS, bermula
jam 8.00 pagi, 10
Julai 2012, bersamaan
hari Selasa.
Senamrobik seperti ini,
diharap dapat memupuk
semangat cinta 1 Malaysia,
1 semangat budaya kerja
cemerlang warga guru
SKSS, dan impak
positif menjana kecemerlangan
minda murid-murid SKSS. Senamrobik ini
juga diharap dapat
membentuk murid- murid SKSS,
disiplin dan semangat
jati diri yang tinggi
dengan mencintai ilmu pengetahuan, menghormati guru, sayangi sekolah dan
mentaati ibubap.
Klik imej menyaksikan rakaman video senamrobik SKSS....
Subscribe to:
Posts (Atom)