Pages

PROGRAM CERAMAH & BENGKEL SUBJEK BAHASA MELAYU

U
PSR tinggal  lagi  39  hari.  SKSS  menyasarkan  50%  murid Tahun  6 memperolehi  5A dalam  UPSR  tahun  ini. Pelbagai  program  akademik  telah  giat  dijalankan  dengan  tujuan  untuk  memantapkan  lagi  pengetahuan  murid   dalam  mengharungi   UPSR. 

Terkini,  1 Ogos  2012,  Rabu,  program  Ceramah  & Bengkel  menjawab  soalan  subjek  Bahasa  Melayu. Penceramah  Cikgu  Zaiton  Ismail, berpengalaman  luas,  dan  pemeriksa  BM  UPSR.  Semua  murid  Tahun  6  terlibat  menghadiri  dengan  jayanya   program  ini.

Ceramah & Bengkel  BM  ini  diharap  menjadi  panduan  yang  berkesan  kepada  murid  SKSS, untuk  menggamit   kejayaan  cemerlang  dalam  UPSR   akan  datang…








MURID TAHUN 6 MENJALANI UJIAN PERCUBAAN UPSR

B


ermula  24 – 26  Julai  2012,  semua  murid  Tahun 6  akan  menjali  Ujian  Percubaan  UPSR,  serentak  di semua  sekolah  rendah  di bawah  PPD Hulu Langat.   Tujuan  ujian percubaan  ini,  untuk  mengukur  tahap  pencapaian  murid.  Sekurang- kurangnya  gambaran  awal  kualiti  pencapaian  murid  sebelum  peperiksaan  sebenar  UPSR.

Warga  SKSS,  mendoalan  semoga semua  murid  Tahun 6  yang  akan  menghadapi  UPSR  bulan 
September ini,  lulus  cemerlang..








MAJLIS JAMUAN SEMPENA MENYAMBUT AWAL RAMADAN WARGA SKSS


K

egembiraan tiba  bulan  Ramadan  pada  21  Julai  2012 (Sabtu)  jelas  dirasakan  oleh  warga  SKSS. Pada  hari  ini  20 Julai  2012, hari Jumaat suatu  majlis  jamuan  makan- makan  warga  SKSS,  bertempat di dewan  SKSS.

Sambutan  majlis  jamuan  ini  juga,  sebenarnya  selari  dengan  budaya  dan  semangat  permuafakatan warga  SKSS,  dibina sekian  lama. Inilah  istimewanya staf SKSS. Semoga  nilai  baik  ini  dipupuk  & dikekalkan.  Selamat  menyambut  awal  Ramadan &  selamat  berpuasa  kepada  para saudara- saudari  muslim…









MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAN KE-55 PERINGKAT SKSS

T
anggal  17  Julai  2012, hari Selasa, tempat Dataran  Kejat. Satu detik sejarah  sudah  terpahat  di mana  Majlis  Pelancaran Kibar Jalur Gemilang  sempena Sambutan Bulan  Kemerdekaan Malaysia  Ke-55  Tahun. 

Majlis  pelancaran  telah  disempurnakan  oleh Puan Arifah Binti Ab.Arif,  GPK HEM,  dan  dihadiri  NYDP PIBG En. Hasrizal  Abu Hassan.  Semua  warga  SKSS  terlibat  secara  langsung  menjayakan  majlis  ini.  Warga  guru  dan  murid- murid  dengan  megah  dan  bangganya  mengibarkan  jalur  gemilang  Malaysia.  Tahniah  kepada  seluruh  Warga  SKSS…..

Klik  imej  rakaman  video  majlis  pelancaran  kibar  galur  gemilang  SKSS..











KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2012 SK.SUNGAI SERAI, HL

A
acara  kemuncak  Kejohanan  Sukan  Tahunan  SKSS, telah  diadakan di Stadium IKBN, Dusun Tua,  pada 12  Julai  2012, hari Khamis, bermula   jam 8.20 pagi  hingga   2.00 petang.   Acara  yang  berlangsung  di sini  acara  balapan (Lomba lari)  dan  pertandingan perbarisan  Rumah Sukan.

Adik Abdul Hanan Bin Nasir, kelas 6 Dedikasi, dengan   pencapaian  3 emas, telah  dinobatkan  Olahragawan  2012.  Adik  Nur Izzah Husna  Bt. Zainal Abidin, kelas 6 Arif, dengan  pencapaian 3 emas dan 1 gangsa,  telah dinobatkan  Olahragawati  2012.

Juara  keseluruhan  jatuh  kepada  Pasukan Rumah  Hijau, tempat ke2  Pasukan Rumah  Biru,  tempat   ke3 Pasukan Rumah  Merah, dan  ke4  Pasukan Rumah Kuning. Johan pertandingan perbarisan dimenangani   Pasukan Rumah Kuning,  dan naib johan Pasukan  Rumah Hijau.

Suasana temasya  sukan  tahunan  SKSS, dari  peringkat  pertama  sehinggalah  ke acara  kemuncak  pada  hari  ini,  cukup  meriah, dengan  penyertaan  dan  semangat  kesukanan  di kalangan  semua  murid  cukup  baik  dan  terpuji. Kehadiran  para  ibubapa  sangat  menggalakan.

Klik  imej  ini,  menyaksikan  rakaman peristiwa  sukan  SKSS….









SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SK.SUNGAI SERAI, HL


A

acara  SENAMROBIK  salah  satu  usaha  transformasi pendidikan  KPM.  Tahniah  kepada  SK.Sungai Serai, Hulu Langat, diatas  penglibatan  menjayakan  acara  senamrobik   serentak  bersama  KPM  dan  sekolah-sekolah  di seluruh  Negara.

Semua  warga  pendidik  dan  murid, dengan   diketuai  oleh  puan  guru  besar, Dr. Hajah Nazirah  Mohd Nordin, dianggarkan  seramai  520  orang  khusus  peserta  SKSS, terlibat  secara  langsung   acara  senamrobik,  di dataran  Kejat  SKSS,  bermula    jam   8.00  pagi,   10  Julai  2012,  bersamaan  hari  Selasa.

Senamrobik  seperti  ini,  diharap  dapat  memupuk  semangat  cinta  1 Malaysia,  1 semangat  budaya  kerja  cemerlang  warga  guru  SKSS,  dan  impak  positif  menjana  kecemerlangan  minda  murid-murid  SKSS. Senamrobik  ini  juga  diharap  dapat  membentuk  murid- murid   SKSS,   disiplin  dan  semangat  jati diri  yang  tinggi  dengan  mencintai  ilmu pengetahuan, menghormati  guru, sayangi   sekolah dan  mentaati  ibubap.  

Klik  imej  menyaksikan  rakaman video  senamrobik  SKSS....