S
|
K
SUNGAI SERAI 22/06/2012: Hari Temubual Akademik Siri 1 telah berjaya
diadakan dengan peningkatan yang mendadak dari segi kehadiran ibu bapa
berbanding siri-siri temubual sebelum ini. Sekaligus ini menandakan
keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka.
Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan sesi diskusi yang dijalankan bersama guru kelas dan pelbagai reaksi ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap keputusan pencapaian anak-anak mereka. Ibu bapa diberikan penjelasan yang terperinci tentang kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka dalam penguasaan sesuatu mata pelajaran. Adalah menjadi harapan agar sesi diskusi ini menerbitkan kesedaran di kalangan pelbagai pihak sama ada guru mahupun ibu bapa terhadap pencapaian murid atau anak hari ini penentu kejayaan mereka pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment